Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum

Rumah Semi-D utk dijual di Kubang Kerian. Berikut spesifikasi rumah tersebut:

Type :
  • Semi-D dua tingkat
  • 4 bilik dan 3 bilik air

Lokasi :
Highway baru pintasan Bandar Baru Kubang Kerian. 100meter sahaja dpd highway.

Ciri2 lain :
  • 3 balcony
  • Halaman rumah yg luas (senang buat kenduri etc)
  • Luas tanah 500 meter persegi
  • Luas rumah 1900 kaki persegi
  • Lengkap dengan grill rod iron
  • Pagar siap dipasang Autogate
  • Rizab tanah 20 kaki dpd pagar ke jalan
Harga : 4++k
(anda boleh cadangkan harga mengikut kemampuan anda)


Tuesday, January 3, 2012

6 Unit Banglo 1 Tingkat

Assalamualaikum


6 Unit banglo 1 tingkat Untuk Dijual:


Lokasi : Kedai Mulong


Spesifikasi: Banglo 1 tingkat

4 bilik dan 3 bilik air

Keluasan lantai 1544 kaki persegi

Harga : 265k termasuk lawyer


















Tuesday, October 4, 2011

RUMAH BANGLO UNTUK DIJUAL 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rumah Banglo 1 tingkat, 4 bilik untuk dijual
Lokasi: Panji (belakang Kompleks JPJ Panji, Kota Bharu)
Rumah 90% siap dan insya Allah boleh diduduki hujung tahun ini.



Harga RM400k (boleh runding lagi)




Ciri istimewa:



  • Ruangan tengah dan ruang tamu yang luas

  • 2 dapur yang boleh dijadikan dapur basah dan dapur kering

  • Rekabentuk moden

  • Ruang teres yang boleh dijadikan ruangan membasuh





Pandangan hadapan rumah



Pandangan dari ruang tengah dan ruang tamu






Ruangan dapur






Ruang dapur kedua dilihat dari dapur pertama



Bahagian teres



Ruangan tepi rumah




Untuk pertanyaan, hubungi:


Fahmi: 019-2137383 (h) ext. 7576 (PPSK)

Saufi : 012-9662145 / 013-9766676 (h)





























RUMAH BANGLO UNTUK DIJUAL 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Banglo 1 tingkat untuk dijual

Lokasi di Panji (Belakang Kompleks JPJ Panji, Kota Bharu)
Rumah telah 90% siap dan Insya Allah boleh diduduki hujung tahun ini.




Ciri-ciri istimewa:



  • Halaman rumah yang luas

  • Ruang tamu dan ruang tengah yang luas

  • Rekabentuk moden

  • Ruang teres

Harga RM420k (boleh runding lagi)






Pandangan hadapan rumah



Halaman rumah yang luas








Ruang tamu dan ruang tengah yang luas







Ruangan dapur






Ruang teres yang boleh dijadikan dapur kedua










Bahagian teres tepi


Untuk pertanyaan, hubungi:

Fahmi : 019-2137383(h) atau ext. 7576(PPSK)
Saufi : 012-9662145 / 013-9766676 (h)






































































Sunday, December 5, 2010

Pesanan untuk my beloved students

Assalamualaikum WBT anak2 didik MedRadiation semua.

Rezeki dan jodoh semuanya di tangan Nya. Kadang-kadang Allah berikan rezeki ataupun jodoh pada waktu yang x pernah kita duga dan melalui cara yang x pernah kita sangkakan. Rezeki dan jodoh di sini amat luas definisinya. Boleh jadi keperluan, wang ringgit, pesanan mahupun ilmu. Hanya Dia yang maha mengetahui dan mengaturkan segalanya..

Mungkin jodoh juga, mungkin rezeki juga, saya ditemukan dengan seorang yang betul2 membuka minda dan fikiran saya dan elok saya kongsi bersama anak2 didik MedRadiation saya.

Siapa Mr Terry Thoo? saya jumpa dia masa sama2 menunggu flight di airport. Mr Terry Thoo merupakan seorang Medical Assistant (MA) yang sangat senior, dan beliau berkhidmat dengan Petrofac, syarikat berpengkalan di Brunei sebagai MA dan juga Safety and Health Officer. Beliau dalam perjalanan utk pulang ke Brunei. Mungkin sebab melihat saya asyik membaca buku Radiation Safety, dia menegur saya. Dari situlah mulanya perbualan panjang saya dengan dia.

Banyak cerita dan pengalaman yang beliau kongsi dengan saya. Orang senior, kadang2 suka berkongsi pengalaman. Tiba satu isu yang sangat menarik perhatian saya. Bila dia mula cerita tentang sikap, motivasi dan attitude pekerja dan pelajar sekarang. Agak berat bunyinya, tapi tepat. Katanya orang-orang muda sekarang tidak meletakkan hatinya dalam apa yang dikerjakan. x kira lah samada bekerja atau masih belajar. Orang-orang muda x pernah berfikir tentang asas atau logika sesuatu yang dikerjakan. Kerana suatu ilmu dan pekerjaan akan lebih mudah dan mengujakan kalau kita meletakkan hati kita di dalamnya.

Apa maksud 'hati' yang dia maksudkan? Saya terjemahkannya dalam erti 'niat' dan inilah yang ingin saya kongsikan kepada anak2 didik semua.

Susah sangatkah belajar dan menerima ilmu? memang lah susah bila kita bayangkan segala buku2 yang perlu ditelaah. Bukanlah tujuan saya menulis utk mengajar anda semua menelaah, tapi niat, sikap dan motivasi kita dalam menuntut ilmu. Harus diingat, segala ilmu adalah dariNya. Dia lah yang Maha Mengetahui. Apa yang kita tuntut adalah sebahagian dari nikmatNya. So, niat menuntut ilmu itu harus diperbaiki supaya ia lebih diredhaiNya.

Seorang sahabat pernah beritahu saya masa saya tanya dia mcm mana dia belajar Fizik. Jawab dia, 'Semua ilmu tu dari Allah, makin kita ingin tahu dan belajar, makin dekat kita denganNya'. so, apa niat kita belajar? adakah kerana terpaksa atau sebab exam dh dekat, atau sebab kita ingin tahu? anda pilihlah sebab pilihan andalah yang menentukan apa yang akan anda dapat. Saya cakap mcm ni sebab sebilangan anak2 didik saya beritahu yang mereka berasa terpaksa utk belajar ataupun bukan pilihan untuk mengikuti Program Sinaran Perubatan ni. Janganlah rasa terpaksa untuk belajar, janganlah bersikap benci pada suatu ilmu kerana semuanya dariNya. Macam mana kita nak dapat redhaNya kalau kita bersikap terpaksa? kita pernah belajar sirah Nabi Muhammad SAW. Kisah 'irhas' Baginda sebelum diangkat menjadi Rasul. Kisah bagaimana Baginda dibelah dadanya dan dibersihkan oleh Jibrail AS, sebelum Baginda bersedia untuk menerima wahyuNya. Adakah Baginda Nabi Muhammad SAW tahu yang Baginda akan menjadi Rasul sebelum tu? Baginda x pernah berasa terpaksa malah menerima dengan Redha. Kita khususnya anda yang beragama Islam tahu cerita ini tapi kenapa kita tidak mengambil iktibar? Bersihkanlah hati, betulkanlah niat sebelum kita menerima ilmu, atau sebelum menelaah buku-buku. Insya Allah, segala ilmu yang dihajati akan menjadi sebahagian dari kita.

Saya berikan anda semua sedikit panduan untuk belajar, lebih2 lagi musim exam ni:

1. Niat

Tanya hati sebelum buka buku. apa tujuan belajar? letaklah niat kerana Nya. bukan sebab nak exam. lupakan exam sekejap. mulakan dengan Bismillah, tambahkan dengan doa2 iringan khususnya Doa Nabi Musa menghadapi Firaun (Robbishrahli sadri, wayassirli 'amri....) hayati maksud doa tu. doa like u mean it, bukan setakat baca aje.

2. Rancang apa yang anda mahukan.

Bukan main baca aje dari kulit ke kulit buku. letakkan target, apa yang anda mahukan daripada satu sesi study tu. kemudian nilaikan sendiri samada anda dapat apa yang dimahukan.

3. Cabar ilmu tu..

Bukan percaya bulat2 apa yang disampaikan dalam buku atau nota. Tapi selidik dulu dengan asas2 yang telah anda fahamkan. buktikan kebenaran kandungan buku atau nota. Islam x suruh kia menjadi 'taghut' (ikut-ikutan) tapi selidiklah dahulu suatu ilmu tu akan kebenarannya. jadikan ni sebagai tabiat, anda bukan saja faham, tapi lebih berfikiran kritikal, insya Allah.

4. Baca, faham dan tulis

Ini tips budak2 skolah, tapi besar manfaatnya. bacalah dulu, fahamkan baik2 segala yg anda study dan tulis semula dengan cara atau intepretation yang anda faham. Ayat olahan anda sendiri. Kita akan lebih ingat jika kita sendiri menulisnya. kalau diamalkan, insya Allah, sampai bila2 pun anda ingat dan faham.

5. Ilmu, Iman dan Amal

Macam motto Kadet Remaja dulu2. Apa yang anda telah belajar, janganlah ingat smpai exam je. Amalkan dalam hidup seharian, x kiralah dalam hobi anda ke, sukan ke, ape2 je. Ilmu Allah tak terbatas dan semuanya berkaitan. Kita akan nampak semua kaitannya jika kita beriman dan beramal atas ilmunya.

Terima kasih Mr Terry Thoo atas masa yang diluangkan dan nasihat yang diberikan.

Belum terlambat jika anda berniat untuk mengubah cara anda. Jika anda gagal hari ini, tak bermakna semuanya terlambat atau berakhir. Carilah ruang dan peluang untuk perbaiki diri. Anda lebih faham akan diri anda. Di tangan andalah semuanya bermula. Kami warga pendidik bukanlah bertujuan membentuk anda menjadi seperti kami, tapi untuk membina dan mengembangkan potensi anda supaya anda dapat memperbaiki dan melengkapkan kekurangan kami. Supaya anda berupaya menjadi lebih baik daripada kami.

Selamat maju jaya

Wassalam